Definisi Cantik??


Imej yang berkaitan

Cantik itu apa?



Cantik merangkumi pelbagai definisi dan mempunyai maksud yang sangat luas.
Maksud cantik berubah mengikut peredaran masa dan seringkali dikaitkan dengan benda hidup dan tidak hidup...hmm..apakah itu?

Dalam islam,konteks cantik merupakan fitrah kurniaan Allah s.w.t yang tidak mampu dinafikan oleh sesiapa pun di dunia..cantik terbahagi kepada dua iaitu cantik lahiriah dan cantik  batiniah.

CANTIK LAHIRIAH

Hasil carian imej untuk muslimah makeup
  • Cantik lahiriah adalah cantik luaran yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia dan bersifat subjektif,kebiasaannya dinilai melalui pandangan peribadi seseorang.
  • Memiliki wajah yang cantik dan gebu serta badan yang langsing dikatakan salah satu aset yang dapat menarik perhatian orang lain.

"Kecantikan luaran boleh diibaratkan sebagai sekuntum bunga yang dikagumi,kelihatan cantik serta menawan apabila kembang mekar dan mewangi sahaja.Apabila sampai waktu,bunga itu akan layu dan harumannya hilang.."


CANTIK DALAMAN
  • Cantik dalaman adalah cantik batiniah yang diukur dari hati ke hati.
  • Kecantikan batiniah tidak dapat dilihat melalui mata kasar tetapi mampu menarik perhatian orang melalui kebaikan individu meskipun tidak memiliki wajah yang cantik.
"Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu dari pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenal antara satu sama lain.Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu (bukan yang lebih keturunan mahupun bangsanya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui(akan keadaan dan amalan kamu)"
                                                                                                                       Surah Al-Hujurat,ayat 13

Tip kecantikan akhlak untuk wanita
Hasil carian imej untuk muslimah and flowers
  • cantik akidah
  • cantik ibadah
  • cantik akhlak
  • cantik hawa nafsu
  • cerdas cara berfikir
  • pandai menjaga waktu
Tip kekal cantik dalaman dan luaran
- Tidur yang cukup
-Tidak merokok
-Minum banyak air kosong
-Makan makanan yang seimbang
-Rehatkan kulit tanpa sebarang alat solek
-Manjakan diri 
-Elak stress
-Ketawa sebagai terapi jiwa..


Sumber:#Cantik,Wanita Seindah Mutiara by Ustazah NorHafizah Musa

Comments